Kursus Tour Leader Tahap I & II

PENGENALAN

Kursus Tour Leader Tahap I & II adalah berkonsepkan experiential dan Problem Based Learning (PBL) dimana peserta akan didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab seorang Tour Leader.  Kursus ini diadakan selama EMPAT HARI TIGA MALAM merangkumi latihan teori dan amali termasuk lawatan ke Singapura yang akan melengkapkan peserta dengan ilmu dan kemahiran untuk menjadi seorang Tour Leader PROFESIONAL.  Peserta akan didedahkan dengan situasi sebenar dimana mereka perlu menjalani latihan mengurus lawatan dan mengendali para peserta rombongan.

OBJEKTIF                          


  1.     Bagi melahirkan Tour Leader yang:
i)            Profesional
ii)           Berdedikasi
iii)         Bertanggungjawab
iv)          Berdisiplin
v)            Berketerampilan
vi)          Berkarisma
       2.    Untuk mendedahkan peserta kepada tugas sebenar sebagai seorang Tour Leader.
       3.    Untuk membekalkan peserta dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan oleh seorang Tour Leader.
       4.    Untuk melatih peserta menyelesaikan masalah semasa bertugas.
       5.    Untuk mendedahkan peserta dengan teknik komunikasi dan pengucapan awam.
       6.    Untuk mendedahkan peserta dengan suasana sebenar semasa lawatan.

IMPAK


1. Peserta akan menjadi seorang Tour Leader yang:                                          
        i)           Profesional           
       ii)           Berdedikasi   
      iii)           Bertanggungjawab  
      iv)           Berdisiplin   
       v)           Berketerampilann 
      vi)           Berkarisma

2. Peserta boleh melakukan tugas sebenar sebagai seorang Tour Leader
3. Peserta akan memperoleh ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang Tour Leader.
4. Peserta akan lebih mahir dan yakin dalam menyelesaikan masalah semasa bertugas.
5. Peserta akan lebih yakin untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang ramai. 
6. Peserta akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan suasana sebenar semasa lawatan.
        

PESERTA

Mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut patut menyertai kursus ini: 
      -  Berdedikasi, berdisiplin & peramah              -  Penyabar & bertanggungjawab
      -  Boleh berbahasa Inggeris                               -  Sihat, cergas & aktif
      -  Berpengalaman melancong                            -  Suka melancong


Kelayakan:
      -   Lelaki dan perempuan berumur diantara 23 hingga 60 tahun
      -  Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
      -   Bumiputera dan beragama Islam

METODOLOGI LATIHAN

  1. Penyampaian secara syarahan                     
  2. Latihan amali melalui simulasi
  3. Melaksanakan tugasan sebenar melalui lawatan
  4. Problem Based Learning (PBL)
KANDUNGAN KURSUS

  1. Peranan dan tanggungjawab seorang Tour Leader.
  2. Teknik berkomunikasi sebagai seorang Tour Leader.
  3. Teknik pengucapan awam (public speaking) sebagai seorang Tour Leader.
  4. Tindakan yang perlu diambil apabila dilantik menjadi Tour Leader.
  5. Tindakan semasa di airport dalam dan luar negara.
  6. Tindakan semasa di hotel.
  7. Tindakan semasa di restoran.
  8. Pengurusan peserta rombongan semasa lawatan.
  9. Pengurusan acara lawatan.
  10. Pengurusan transit dan pengangkutan.
  11. Pengisian program semasa di dalam perjalanan untuk ke tempat lawatan.
  12. Latihan amali dalam kelas, menguruskan peserta rombongan semasa:
-       di airport dalam dan luar negara   -    makan di restoran
-       di dalam kapal terbang                             -    di tempat lawatan
-       di dalam bas persiaran                              -    melalui imigresen
-       ‘check-in’ di hotel
  1. Latihan amali melalui lawatan:
-       di dalam bas persiaran                              -    di imigresen
-       di restoran                                                 -    di tempat lawatan
-       di masjid                                                    -    di hotel
  1. CS Effective Communication.
  2. Prosedur tuntutan insuran.
  3. Penyelesaian masalah (Problem solving).
  4. Team Building.
UJIAN & PENILAIAN

Peserta akan menjalani TIGA ujian iaitu:
  1. Ujian mengurus lawatan semasa rombongan ke Singapura.
  2. Ujian komunikasi ‘public speaking’ secara individu.
  3. Ujian bertulis.

Peserta juga akan dinilai sepanjang kursus berlangsung. Penilaian adalah berdasarkan:
-       Ketepatan masa                                              -    Disiplin yang tinggi
-       Kerjasama antara peserta                              -    Personaliti yang baik
-       Kesopanan                                                      -    Komunikasi yang jelas
-       Tanggungjawab terhadap tugas                     -    Kebolehan menyelesai masalah

KEISTIMEWAAN
Mereka yang lulus akan ditawarkan menjadi Tour Leader dengan POTO Travel & Tours.

SIJIL
Sijil akan diberikan kepada mereka yang lulus sahaja.

YURAN PENYERTAAN

Yuran penyertaan ialah sebanyak RM1,600.00 seorang bagi kursus selama EMPAT HARI TIGA MALAM  yang merangkumi:
       -    Bayaran tenaga pengajar, fasilitator & konsultan       -  Pengangkutan pergi balik
       -    Nota & bahan latihan                                                         ( K. Lumpur- Singapura- K. Lumpur )
       -    Alat bantu mengajar                                                       -  Makan & minum sepanjang kursus    
       -    Penyediaan dewan kuliah berhawa dingin                     kecuali pada hari lawatan
       -    Penginapan 2 malam di pusat latihan                          -  Khidmat Tour Guide Singapura
       -    Penginapan 1 malam di Kulai (hotel)             

TERMA & SYARAT


  1.       Setelah menerima borang permohonan yang lengkap, kami akan mengesahkan penyertaan anda.
  2.       Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyertaan disahkan. Resit pembayaran     hendaklah difaks atau diemelkan kepada INZ Vision sebagai bukti.
  3.       Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh kurang dari14 hari sebelum kursus bermula.  Walau bagaimanapun, pengganti dibenarkan dan tiada caj tambahan dikenakan.
  4.             Pihak akademi berhak membuat apa-apa pindaan/ perubahan kepada tarikh kursus, tempat kursus, modul latihan dan fasilitator sekiranya berlaku perkara diluar jangkaan.